To Seek Professional Competency In Social Work Practice, Education And Research
VISI: MENGANGKAT KERJA SOSIAL UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
Mengukur tahap kerumitan dan impak meluas kerja sosial kepada kehidupan mereka yang terdedah, semestinya kerjaya ini memerlukan pekerja yang berkelayakan dan sokongan yang sewajarnya
​
Sebagai pengiktirafan terhadap perkara ini, pada tahun 2020, Negara Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah mengesahkan Deklarasi Ha Noi mengenai Memperkukuh Kerja Sosial bagi Komuniti ASEAN yang Kohesif dan Responsif, menyeru kepada profesionalisasi dan pengembangan kerja sosial. Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membangunkan Pelan Strategik untuk mengukuhkan amalan kerja sosial. Dengan Matlamat Pembangunan Mampan, Malaysia komited untuk menamatkan keganasan terhadap kanak-kanak.
​
Justeru untuk mencapai matlamat ini, adalah amat penting untuk mengukuhkan kerja sosial dan tenaga kerja.
​
Kita mempunyai peluang bersejarah untuk berdiri bersama pekerja sosial di Malaysia demi memastikan mereka mencapai potensi sepenuhnya, sekaligus mencetus perubahan terhadap keperluan masyarakat kita dengan:
-
Memberi pengiktirafan terhadap #WiraAntaraKita dengan meluluskan dan melaksanakan Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial​
-
Meningkatkan impak kerja sosial dengan membolehkan #WiraAntaraKita meluangkan lebih banyak masa untuk membuat susulan setiap kes, dengan mengambil lebih ramai pekerja sosial profesional, serta meningkatkan penyeliaan dan sokongan mereka​
-
Memberi keterlihatan dan pemahaman yang positif tentang perkara yang dilakukan oleh pekerja sosial profesional, #WiraAntaraKita​
Harapan Masa Depan
Ini bukanlah impian kosong namun ia adalah suatu matlamat yang realistik dengan adanya sokongan anda.