top of page
masthead-02 microsite.png
microsite_desktop-04.png
Asset 4 BMp.png

LATAR BELAKANG

Pekerja sosial berada di barisan hadapan dalam menghalang dan memberi intervensi kepada kes-kes keganasan dan lain-lain isu kompleks yang dihadapi oleh individu yang paling rentan dan terpinggir di negara kita. Mereka menggalakan keadilan sosial, mengecilkan jurang diskriminasi dan punca-punca ketidaksamaan, mengurangkan kemiskinan, serta membina daya tahan terhadap kejutan. Dengan memiliki kemahiran-kemahiran khusus,  latar belakang akademik, bersifat empati dan dengan dedikasi yang teguh, pekerja sosial menggalas peranan penting dalam menyokong dan memperkasakan kehidupan.

​

Inilah wira antara kita. 

Tanpa sumbangan mereka, sukar untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. Pengetahuan dan kemahiran pekerja sosial ternyata membantu rakyat Malaysia dalam mengatasi cabaran peribadi, sosial dan sistemik untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

​

Walaupun jarang mendapat perhatian umum, pekerja sosial terus bekerja tanpa jemu di belakang tabir untuk membantu kanak-kanak, keluarga dan masyarakat. Cuma, sumbangan mereka tidak diiktiraf secara meluas pada masa ini.

​

Berikut adalah beberapa cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial:

​

  • Walaupun kerjaya ini perlu memiliki kemahiran di dalam mengendalikan yang diperlukan untuk mengendalikan) kes-kes rumit dan mencabar, di Malaysia, ia tidak dikawal selia dan tidak diiktiraf sebagai kerjaya oleh undang-undang. Sebagai perbandingan, pekerjaan ini telah dikawal selia di Filipina (1965), Singapura (2009) , Thailand (2013), dan Indonesia (2019).

  • Kefahaman awam yang terhad mengenai peranan dan nilai mereka, termasuk melihat pekerja sosial sebagai menjalankan kerja amal atau sukarela. Ini memberi kesan kepada permintaan untuk perkhidmatan dan pelaburan dalam kerja sosial.

  • Pekerja sosial tidak mencukupi di Malaysia: hanya 1 untuk setiap 8,576 orang di Malaysia (MAMPU, 2019), berbanding nisbah di Amerika Syarikat (1:490), Australia (1:1,040), UK (1:3,025) dan Singapura (1:3,448).

Sumber: ¹ Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2019

MISI KAMI 

  • Meningkatkan kesedaran tentang peranan kritikal yang dimainkan oleh pekerja sosial dalam kehidupan kanak-kanak, keluarga dan masyarakat di Malaysia.

  • Meraih sokongan awam untuk pengiktirafan profesional pekerja sosial dan peningkatan pelaburan dalam kerja sosial.

VISI KAMI 

Setiap kanak-kanak dan individu yang terdedah harus mempunyai akses tepat pada masanya kepada pekerja sosial yang berkelayakan dan cekap, apabila diperlukan.

Tonton apa yang dilakukan oleh pekerja sosial dan lihat cara mereka memberi kesan kepada kehidupan.

M_Asset 10.jpg

Kongsi video ini dan sebarkan mesej mengenai sumbangan mereka

Tunjukkan tanda rasa terima kasih dan penghargaan anda kepada wira-wira di antara kita ini.

Sertai kami. Berdiri bersama kami. Pastikan terdapat anjakan dalam naratif.

Tukar Naratif. Tukar Kehidupan.

bottom of page